fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana landa Nepal

PETALING JAYA, 31 Julai- Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter telah berlaku di Nepal, 10.28 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia gempa berpusat di 27.3 darjah Utara 86.9 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer iaitu 257 kilometer Barat Laut dari Dinajpur, Bangladesh.

"Penilaian awal MetMalaysia mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu.

(Gempa bumi sederhana landa Nepal/Met Malaysia)

Media Baharu