fb fb fb fb fb

Sultan Ibrahim ucap tahniah kepada Mohd Aniq raih pingat emas pertama negara

(FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

JOHOR BAHRU, 31 Julai- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini melahirkan rasa bangga serta menzahirkan ucapan tahniah kepada Mohd Aniq Kasdan yang berjaya menyumbang pingat emas pertama bagi kontinjen negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022, semalam.

Atlet angkat berat negara yang berasal dari Segamat, Johor, berjaya meraih tempat pertama bagi kategori 55 kilogram (kg) lelaki dengan angkatan bebanan keseluruhan 249kg selepas berjaya melakukan angkatan snatch 107kg dan clean & jerk 142kg.

Mohd Aniq, 20, turut berjaya mencatatkan rekod baharu Sukan Komanwel. 

“Anda menjadi kebanggaan kami semua. Semoga terus berusaha mencapai kejayaan,” titah baginda menerusi satu hantaran di Facebook rasmi baginda.- BERNAMA


Aksi atlet angkat berat, Mohamad Aniq Kasdan ketika melakukan angkatan bagi kategori 55kg pada
Sukan Komanwel
2022 di NEC Birmingham/ REUTERS)

Media Baharu