fb fb fb fb fb

Kebakaran: Pekerja asing warga Bangladesh melecur, tidak sempat selamatkan diri

KLANG, 31 Julai- Seorang lelaki Bangladesh dikejarkan ke hospital akibat melecur selepas kediamannya terbakar.

Kejadian turut mengakibatkan kerosakan 50 peratus terhadap premis terbabit.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis insiden berlaku di Pelabuhan Klang, Selangor pagi tadi.

"Kejadian melibatkan sebuah rumah kedai yang dijadikan rumah pekerja asing dan mangsa yang melecur berusia 45 tahun itu cedera selepas tidak sempat menyelamatkan diri," katanya.

Bagaimanapun mangsa telah diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak ambulans.

Punca sebenar dan jumlah kerugian sedang disiasat.


(Kejadian mengakibatkan kerosakan 50 peratus terhadap rumah kedai terbabit)

Media Baharu