fb fb fb fb fb

111 jemaah haji mangsa penipuan saman agensi pelancongan

Mohd Hanif Mohd salleh (kiri) salah seorang mangsa dan Haji Muhammad Nazrin Mohd Seth (kanan) peguam

BANGI, 31 Julai- 111 jemaah haji yang menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan tempatan telah memfailkan saman sivil menerusi Tetuan Toriq Seth And Partner.

Menurut peguam yang dilantik, Muhammad Nazrin Mohd Seth, mereka mengalami kerugian lebih RM3 juta dan sehingga kini masih belum menerima sebarang bayaran daripada pihak terbabit.

Pihak berkuasa terutama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) diharap turut mengambil tindakan pantas bagi membantu menyelesaikan isu tersebut.

(Kesemua mereka dijanjikan visa furada untuk menunaikan haji tanpa perlu melalui Lembaga Tabung Haji)

Sebelum ini, 380 jemaah haji Malaysia dilaporkan terkandas di KLIA dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan tempatan.

Kesemua mereka dijanjikan visa furada untuk menunaikan haji tanpa perlu melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Media Baharu