KUALA LUMPUR, 10 Disember- Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan pelancaran buku Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sejarah Penubuhan, Pengorbanan dan Kejayaan Dalam Mengekalkan Keamanan Negara.
Karya tersebut mengupas dengan mendalam sejarah penubuhan PRDM dan pentingnya peranan PDRM dalam pembangunan negara serta pelbagai kejayaan yang dicapai dalam memelihara keamanan.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata buku itu juga mengangkat wira negara dalam PDRM mempertahanankan air.
"Sejarah perkhidmatan pdrm memberikan iktibar tentang pentingnya taat setia displin keberanian strategi utuh dalam menghadapi situasi mencabar menurusi sejarah lebih memahami tugas dan tanggungjawap tugas kita dalam usaha membina masarkat harmoni dan berdaya tahan," katanya.
Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara Tan Sri Prof Dr Abdul Latiff Abu Bakar dan barisan kepimpinan tertinggi PDRM.