fb fb fb fb fb

Sultan Perak berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-16

Sultan Perak berkenan bergambar bersama penerima Anugerah Tuanku Canselor, Mohamed Aiedil Putera Sulaiman, 26 (tiga, kiri) ketika baginda berangkat tiba ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-16 di Dewan Jubli Perak/BERNAMA

KUALA KANGSAR, 9 Disember- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-16 di Dewan Jubli Perak di Kuala Kangsar.

Keberangkatan Baginda diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad bersama exco dan barisan pemimpin negeri.

Dalam istiadat konvokesyen sesi pertama itu, lima anugerah disampaikan kepada tujuh penerima graduan iaitu Anugerah Tuanku Canselor, Anugerah Menteri Besar Perak, Anugerah Naib Canselor, Anugerah Terbaik Fakultu Pengajian Islam dan Sains Sosial serta Anugerah Terbaik Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat.

Pada istiadat konvokesyen itu juga, Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Penganugerahan Watikah Pelantikan Pro-Canselor kepada Tan Sri Professor Datuk Dr Nordin Kardi.

Konvokesyen ini melibatkan seramai 1,525 graduan dengan Ijazah Doktor Falsafah (12 orang), Ijazah Sarjana (34 orang), Diploma Pascasiswazah (9 orang), Ijazah Sarjana Muda (778 orang) dan Diploma (692 orang). 

Konvokesyen USAS 2023 diadakan dalam empat sesi bermula hari ini hingga Ahad.

ROSLINA BINTI DIN