fb fb fb fb fb

Nelayan Thailand dikhuatiri jatuh ke laut

Operasi Carilamat mangsa masih diteruskan sehingga kini,

PASIR PUTEH, 9 Disember- Seorang kru bot nelayan tempatan warga Thailand dikhuatiri terjatuh ke dalam laut berdekatan Pulau Perhentian malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata mangsa Mr Bhuntin, 45 tahun, disyaki terjatuh ketika sedang menangkap ikan.

"Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) pada pukul 11.15 malam dengan menggerakkan dua aset Maritim Negeri Kelantan.

"Berdasarkan keterangan tekong bot nelayan KNF 11, ketika sedang menangkap ikan kira-kira 17 batu nautika dari Pulau Perhentian, kesemua lima orang kru didapati masih berada di atas bot berkenaan.

"Bagaimanapun, mangsa didapati hilang ketika bot berada di posisi kira-kira 13 batu nautika dari Pulau Perhentian.

"Operasi Carilamat mangsa masih diteruskan sehingga kini," katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, keadaan laut yang bergelora dan angin kencang di lokasi pencarian menjejaskan proses pencarian.

Operasi itu akan ditangguhkan pada pukul 7.00 malam nanti sekiranya tiada sebarang penemuan dan akan diteruskan pada pukul 7.00 pagi esok.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM