fb fb fb fb fb

Program Setahun Kerajaan MADANI: Rumah PR1MA hadiah utama cabutan bertuah

Perdana Menteri melawat tapak pameran sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Bukit Jalil. Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Disember- Kemeriahan Program Bersama Setahun Kerajaan MADANI di perkarangan Stadium Bukit Jalil mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. 

Pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang menikmati pelbagai jenis perkhidmatan yang disediakan sepanjang program tiga hari ini. 

"Sangat bagus program ini mmg sesuai untuk masyarakat Malaysia sebab bukan selalu macam ini kita boleh mengenali kementerian, kalau boleh buat setahun sekali bagus juga", kata pengunjung Siti Nor Habsah Sheikh Ahmad.

"Hendak tengok reruai, dapatkan info dan hendak dapatkan hadiah Rumah PR1MA", kata pengunjung Irene Ong.

Kemudahan perkhidmatan yang disediakan lebih 100 reruai agensi dan kementerian ini memberi peluang kepada masyarakat umum mengetahui lebih lanjut inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan. 

Selain daripada informasi mengenai fungsi dan peranan setiap agensi, orang ramai juga boleh berinteraksi secara langsung dan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik yang ditawarkan melalui aktiviti dan program yang dijalankan. 

Sementara itu, Ketua Bahagian Hal Ehwal Korporat PR1MA, Ezlina Adnan berkata PR1MA akan menawarkan sebuah Rumah PR1MA sebagai hadiah utama cabutan bertuah dalam program tersebut.

Orang ramai masih berpeluang untuk bersama-sama memeriahkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bermula pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam di Perkarangan Stadium Bukit Jalil dan acara kemuncaknya akan berlangsung esok dan perasmian penutupan bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ROSLINA BINTI DIN