KUALA LUMPUR, 9 Disember- Industri perabot negara kekal berdaya tahan di sebalik persaingan sengit negara luar termasuk China dan Vietnam.
Justeru, kerajaan terus komited menyokong pembangunan industri tersebut dalam memenuhi keperluan rantaian nilai.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof menekankan usaha meneroka potensi pasaran baharu selain pengaplikasian teknologi dan e-dagang untuk memperluas pasaran perabot negara.
"Evolusi daripada seni bertukang kepada perkilangan moden menuntut integrasi teknologi dan inovasi.
"Justeru pengaplikasian teknologi, mekanisasi dan automasi berupaya mengoptimumkan pengeluaran, menjimatkan kos, menjamin kualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing, selari matlamat kelestarian," katanya kepada pemberita di sini.