fb fb fb fb fb

KKM teruskan SOP COVID-19 sedia ada di semua PPS- Zaliha

FOTO HIASAN/FOTO RTM

SEGAMAT, 9 Disember -Kementerian Kesihatan akan meneruskan Prosedur Operasi Standard, SOP di semua Pusat Pemindahan Sementara, PPS banjir bagi membendung penularan kes COVID-19.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata trend peningkatan kes ketika ini belum pada tahap membimbangkan dan masih terkawal.

Menurut Zaliha, kakitangan KKM di PPS juga telah dimaklumkan mengenai SOP sedia ada termasuk menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas penduduk terjejas banjir terutama yang mempunyai gejala.

"Sudah tentu dalam keadaan sebegini kita telah bersedia menyediakan kit ujian COVID-19.

"Sekiranya didapati kes, kita akan buat isolasi dan pengasingan", katanya yang ditemui selepas program di Felda Medoi, di sini.

Dr Zaliha mengulas perkara berkenaan selepas ditanya mengenai SOP yang perlu dipatuhi terutama di lokasi banjir, bagi mengelak penularan kes Covid-19.

Tegas Zaliha, peningkatan kes COVID-19 ketika ini hanya melibatkan kes-kes kecil dan gejala yang ringan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD