fb fb fb fb fb

Program Setahun Kerajaan MADANI: Sambutan sangat baik, usaha kerajaan bukan propaganda

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Disember- Sambutan yang sangat baik terhadap Program Setahun Kerajaan MADANI yang bermula semalam bukti bahawa usaha kerajaan bukan propaganda.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, orang ramai boleh melihat sendiri inisiatif dan kejayaan yang dilakukan oleh semua kementerian.

"Saya datang secara mengejut untuk melihat sendiri dan saya bersyukur, alhamdulillah sambutan baik dan terima kasih kepada seluruh jentera kerajaan, kementerian-kementerian menunjukkan ini bukan propaganda ini kenyataan.

"Apa yang berlaku, apa kejayaannya dari segi pendidikan, kesihatan, digital yang dapat kita pamerkan biar rakyat saksikan. Sambutan sangat baik dan kita ada satu hari lagi sehingga esok, ambil kesempatan ini dan dedahkan dengan maklumat yang sebaiknya. Terima kasih",kata Perdana Menteri semasa meninjau Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI diadakan selama tiga hari bermula semalam hingga esok di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi mendekatkan rakyat Malaysia dengan kerajaan dan membolehkan mereka melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.

ROSLINA BINTI DIN