fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Kelantan berkurangan

Foto fail

KOTA BHARU, 9 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Daerah Pasir Mas 629 orang daripada 205 keluarga setakat 12.00 tengah hari. Angka tersebut mencatatkan sedikit penurunan berbanding awal pagi tadi.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), memaklumkan kesemua penduduk terjejas berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah tersebut.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To' Deh, menempatkan paling ramai penduduk terjejas iaitu 256 orang daripada 88 keluarga, diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial terdapat 167 orang daripada 55 keluarga, SK Gual Periok (136 orang, 41 keluarga).

Manakala, di Sekolah Menengah Kebangsaan Gual Periok pula menempatkan 70 penduduk terjejas banjir daripada 21 keluarga.

ROSLINA BINTI DIN