
KUALA LUMPUR, 29 Mei – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 kepada seluruh pengamal media dan wartawan di negara ini.
- Penghargaan atas jasa dan pengorbanan wartawan yang komited menyampaikan maklumat tepat, sahih dan berintegriti kepada masyarakat.
- Media sebagai medium penting memperkukuh perpaduan, menyemarakkan patriotisme dan menjadi jambatan antara kerajaan serta rakyat.
- Harapan agar pengamal media terus mengamalkan kewartawanan beretika, profesional dan bertanggungjawab sejajar cabaran teknologi dan komunikasi moden.
Menerusi perkongsian di Facebook Kesultanan Pahang, Baginda berdua menzahirkan penghargaan atas jasa serta pengorbanan wartawan yang komited menyampaikan maklumat tepat, sahih dan berintegriti kepada masyarakat.
“Paduka Baginda turut menyanjung tinggi peranan media sebagai medium penting dalam memperkukuhkan perpaduan, menyemarakkan semangat patriotisme serta menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat.
“Dalam pada itu, Baginda berdua berharap seluruh pengamal media akan terus mengamalkan kewartawanan beretika, profesional dan bertanggungjawab selaras dengan perkembangan teknologi serta cabaran dunia komunikasi masa kini.
“Paduka Baginda turut mendoakan agar semua wartawan dan pengamal media sentiasa dikurniakan kesejahteraan, keselamatan serta terus cemerlang dalam menjalankan amanah kepada agama, bangsa dan negara,” menurut hantaran itu.