fb fb fb fb fb

Sultan Nazrin berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2025 di Bangunan Bandaran Ipoh/ BERNAMA

IPOH, 31 Ogos - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh di sini.

Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Ketibaan baginda berdua disambut Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Sultan Perak kemudian berkenan memeriksa kawalan hormat barisan Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen Kem Sangro Taiping di bawah pimpinan Kolonel Abdul Rahim Hamzah.

SKira-kira 111 kontinjen dengan 5,891 peserta daripada pelbagai agensi dan kerajaan tempatan, pasukan beruniform universiti awam dan badan bukan kerajaan (NGO) mengambil bahagian pada perarakan kali ini.

Ia disaksikan hampir 50,000 penonton yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI