fb fb fb fb fb

Sultan Nazrin anugerahkan darjah kebesaran bintang dan pingat kepada 154 penerima

PERAK,14 Julai - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan berangkat ke Istiadat  Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat bersempena Hari Ulangtahun Keputeraan baginda.  

Pada istiadat berkenaan, Sultan Nazrin berkenan menganugerahkan darjah kebesaran negeri kepada 154 penerima melibatkan 127 orang bagi 2020 dan 27 orang bagi 2021.


(Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat)


Antara penerima hari ini adalah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Dr Norisah Mahat Nor dan bekas Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Zahari Zamlope (Zamlope) yang dikurniakan Anugerah Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM).

Selain itu, Anugerah Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) pula dikurniakan kepada Pegawai Daerah Kerian Mohd Sabli Bakri, Pengarah Pertanian negeri Norsiyenti Othman dan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Zulqarnain Mohamad.

Penganugerahan hari ini melibatkan PCM (10), PMP (17), Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (13), Darjah Ahli Mahkota Perak (30), Pingat Pekerti Terpilih (36), Pingat Jasa Kebaktian (43) dan Pingat Lama Perkhidmatan (lima).menganugerahkan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada enam individu.

Selain itu Baginda turut menganugerahkan 116 individu terdiri daripada Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), Ahli Mahkota Perak (AMP), Pingat Pekerti Terpilih (PPT), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Turut berangkat pada istiadat itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan kerabat diraja.

Istiadat pengurniaan berlangsung di Balairong Seri Istana Iskandariah, di Bukit Chandan Kuala Kangsar. 


Media Baharu