fb fb fb fb fb

Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Canselor UMK

(Sultan Muhammad V berkenan menerima Pemasyhuran Canselor UMK)

BACHOK, 23 November- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro-Canselor & Konvokesyen ke-12 UMK di UMK Bachok.

Pada majlis itu, adinda baginda Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pula dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor UMK.

Turut berangkat ke Istiadat Pemasyhuran itu Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah dan Raja Perempuan, Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid

Dalam ucapan pada majlis tersebut, Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr Razali Che Razak berkata, seramai 2,211 graduan akan menerima ijazah dalam lima sidang konvokesyen yang berlangsung dari 23 hingga 25 November ini.

Katanya, sidang pertama hari ini meraikan 97 graduan dan istimewanya UMK turut meraikan 10 graduan sulung bagi Sarjana Komunikasi Perniagaan daripada Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan.

Beliau berkata, UMK menjadi universiti awam pertama di Malaysia yang menerima Akreditasi Antarabangsa berkaitan keusahawanan dan diiktiraf sebagai universiti awam keusahawanan pertama oleh Accreditation Council for Entrepreneurial and Engaged University (ACEEU).


(Sultan Muhammad V berkenan hadiri Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro-Canselor
dan Konvokesyen Ke-12 UMK
)

Media Baharu