ALOR SETAR, 7 Jun - Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni almarhum Sultan Badlishah, berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, pagi tadi.
Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor.
Turut berangkat, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah serta Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah.
Solat sunat Aidiladha dipimpin Imam Besar Masjid Al-Bukhary, Tn. Haji Mohmad Nasrudin Ismail yang turut disertai lebih tiga ribu jemaah.
Baginda sempat beramah mesra bersama jemaah sebelum baginda berangkat pulang.