PUTRAJAYA, 7 JUN - Malaysia menyokong penuh usaha diplomatik antara Thailand dan Kemboja dalam menangani isu sempadan antara kedua-dua negara jiran berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kedua negara itu akan mengadakan rundingan 14 Jun akan datang.
"Mengenai Kemboja dengan Thailand. Saya bercakap dengan kedua dua Perdana Menteri, mereka telah pun ambil beberapa langkah yang kita sokong iaitu rundingan pada 14 Hari bulan ini," beliau berkata demikian selepas menunaikan Solat sunat Aidiladha di Masjid Putra,Putrajaya.
Beliau turut menekankan pentingnya Malaysia menjadi rakan penuh dalam dialog ASEAN dan menyatakan keprihatinan mengenai isu tersebut.
Terdahulu, beliau diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra.
Solat diimamkan Imam Besar Masjid Putra, Dr Muhamad Zakuwa Rodzali dan turut disertai hampir 15 ribu jemaah daripada pelbagai latar belakang.