fb fb fb fb fb

Letupan di Kharkiv, dua maut 7 cedera

Anggota bomba Ukraine sedang memadamkan kebakaran di tengah-tengah pencerobohan Rusia di Kharkiv. Foto AFP

KIEV, 7 Jun - 40 letupan yang menggegarkan Kharkiv mengorbankan dua orang, manakala 7 yang lain cedera.

Menurut Gabenor wilayah Kharkiv, Oleg Synegubov serangan semalam Rusia itu turut merosakkan banyak bangunan dan infrastruktur awam.

"Petugas perubatan menyediakan bantuan yang diperlukan," tulisnya di Telegram.

Rusia menyerang bandar kedua terbesar Ukraine itu awal pagi tadi, serangan paling kuat sejak perang tercetus.

"Kharkiv kini sedang mengalami serangan paling kuat sejak permulaan perang berskala penuh," kata Datuk Bandar Kharkiv Igor Terekhov.

Jelas beliau peluru berpandu, dron dan bom dilancarkan secara serentak untuk melumpuhkan bandar itu.

Minggu lalu, Presiden Rusia Vladimir Putin berikrar bahawa Moscow akan bertindak balas terhadap serangan dron Ukraine yang memusnahkan beberapa jet tentera berkeupayaan nuklearnya.

Berpuluh-puluh ribu orang telah terbunuh dan berjuta-juta terpaksa meninggalkan kediaman mereka sejak tercetusnya konflik Rusia-Ukraine Februari 2022. -AFP

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI