PUTRAJAYA, 7 jun -Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerjasama yang lebih kukuh antara negara ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bagi menghentikan kekejaman Israel di Gaza.
Beliau menegaskan usaha kolektif serantau dan atarabangsa itu sangat penting bagi menghentikan konflik yang semkain berpanjangan, sekali gus menamatkan penderitaan rakyat Palestin.
"Kita telah sampaikan pandangan kita, tapi ini bukan upaya satu negara. Seperti yang kita lakukan dengan negara-negara teluk baru-baru ini, ada kesepakatan," katanya menerusi kenyataan Wisma Putra.
"Jadi ASEAN, negara teluk dan kita dapatkan beberapa negara lain, supaya memberikan penjelasan dan tekanan yang keras kepada dunia supaya menghentikan kekejaman Israel,” kata Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Amerika Syarikat yang menggunakan kuasa veto ke atas draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa gencatan senjata segera di Gaza dan penamatan sekatan bantuan kemanusiaan.