fb fb fb fb fb

Sultan Kedah sampaikan sumbangan kurniaan kepada anak yatim dan asnaf

ALOR SETAR, 20 April - Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, malam tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Turut berangkat Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Tengku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin. 


(Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyampaikan
sumbangan kurniaan kepada 30 orang anak-anak yatim dan asnaf fakir miskin)

Sempena majlis ini, Sultan Kedah turut berkenan menyampaikan sumbangan kurniaan kepada 30 orang anak-anak yatim dan asnaf fakir miskin.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan, Datuk Norizan Khazali, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Mufti Negeri Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang dan Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Datuk Syeikh Abd Rahman Abdullah.

Media Baharu