fb fb fb fb fb

KDN bakal bina ICQS Bukit Berapit Pengkalan Hulu baharu

(Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu)

LENGGONG, 20 April - Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu yang baharu akan dibina berhampiran pintu masuk sempadan antarabangsa.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata pembinaan itu dibuat berikutan kedudukan kompleks sedia ada ketika ini agak jauh dari laluan tersebut.

Cadangan pembinaan telah dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Negara pada 11 April lalu dan akan dimasukkan dalam permohonan bajet Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).


(Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berucap pada Majlis
Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani di Kolej
Kemahiran Tinggi Mara Lenggong) 

"Oleh kerana Rancangan Malaysia ke-13 masih lagi jauh dan untuk itu kerja-kerja penyediaan dokumen dan skop akan dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan kerja-kerja fizikal dapat dilaksanakan oleh kerajaan bila peruntukan telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-13," kata beliau ketika menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong, di sini.

Sementara menunggu ICQS baharu siap, kedudukan sekatan jalan raya (SJR) PDRM sedia ada akan dipindahkan ke lokasi berdepan pintu masuk antarabangsa.

Langkah ini bagi membolehkan kawalan keselamatan dan saringan awal dapat dibuat.

Media Baharu