fb fb fb fb fb

Sejuta kenderaan dijangka memasuki negeri Pahang

TEMERLOH, 20 April - Sebanyak sejuta kenderaan dijangka memasuki negeri Pahang sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata ini berlaku kerana Pahang merupakan laluan utama untuk memasuki negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

"Kita meramalkan adalah lebih kurang satu juta kenderaan akan melalui lebuhraya LPT, contohnya di Temerloh sekarang ini dari Selangor, dari Melaka, Shah Alam dan pelbagai lagi di tempat sebelah sana akan melalui lebuh raya LPT ini dan adalah disebabkan Pahang ini merupakan pintu masuk kepada pantai timur seperti di Terengganu juga Kelantan,"

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Walkabout Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2023 Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Pusat Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Temerloh Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Arah Timur, di sini.


(Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff )

Hadir sama Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, YBrs Tuan Kamarul Iskandar Nordin, pegawai dan anggota JPJ serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada majlis sama, Mohammad Fakhruddin turut menyampaikan beg sumbangan kepada pengguna Lebuhraya LPT.

Beliau turut menasihati orang ramai khususnya pengguna jalanraya yang menggunakan laluan LPT Pantai Timur agar berhati-hati sepanjang pemanduan, meneliti lalu lintas sebelum memulakan perjalanan serta mematuhi segala arahan dan peraturan jalan raya.

Media Baharu