fb fb fb fb fb

Rakyat Malaysia di Sudan dibawa pulang sebaik keadaan mengizinkan

(Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bercakap kepada pemberita berkaitan situasi terkini
di Sudan pada sidang media di Wisma Putra/ Foto BERNAMA) 

PUTRAJAYA, 20 April - Usaha membawa pulang 32 rakyat Malaysia yang terperangkap di Sudan akan dilaksana segera sebaik keadaan mengizinkan.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan usaha itu dilakukan susulan konflik di negara itu yang tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.

Justeru, pihaknya sudah menghubungi beberapa negara sahabat bagi tujuan membantu usaha membawa keluar semua rakyat Malaysia yang terlibat.

Antara negara yang dihubungi termasuklah Arab Saudi, Qatar, Amerika Syarikat, China, Turkiye, UAE dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Berdasarkan penilaian semasa termasuk input yang diperolehi daripada pelbagai pihak di Khartoum. Laluan keluar yang selamat adalah melalui udara iaitu lapangan terbang Antarabangsa Khartoum. Walaubagaimanapun sehingga setakat ini lapangan terbang berkenaan masih belum boleh beroperasi disebabkan ianya menjadi sasaran pertempuran..Sekali lagi saya ingin menekankan komitmen kerajaan Malaysia untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Sudan menjadi keutamaan. Pasukan petugas khas akan membawa keluar kesemua rakyat Malaysia sebaik sahaja ada peluang berbuat demikian," kata beliau dalam sidang media mengenai perkembangan terkini situasi konflik Sudan, di sini.


(Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bercakap kepada pemberita berkaitan
situasi terkini di Sudan pada sidang media di Wisma Putra/ Foto BERNAMA)

Tambah Zambry, semua rakyat Malaysia yang kini berada di tujuh lokaliti di negara itu berada dalam keadaan selamat.

Stok bekalan makanan dan ubat-ubatan untuk mereka juga berjaya ditambah dan boleh bertahan untuk tempoh dua minggu lagi.

Sehingga kini, 185 orang telah terkoban dan lebih 2,000 orang mengalami kecederaan ekoran pertempuran yang berlaku.

Media Baharu