fb fb fb fb fb

KP Kesihatan bersara

(Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengimbaskan kad perakam waktu
sebelum meninggalkan Kementerian Kesihatan/ Foto BERNAMA)

PUTRAJAYA, 20 April - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bersara semalam, mengakhiri perkhidmatannya di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama 35 tahun.

Beliau mengimbas kad perakam waktu untuk kali terakhir di lobi bangunan KKM pada pukul 4.15 petang.

Dr Noor Hisham berkata ingin berehat dahulu apabila ditanya mengenai perancangannya selepas bersara.


(Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melambaikan tangan selepas mengimbaskan kad
perakam waktu sebelum meninggalkan Kementerian Kesihatan/Foto BERNAMA) 

Beliau turut berasa lega kes COVID-19 telah berkurang serta negara berjaya mengawal pandemik dengan baik.

Turut hadir Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan Timbalannya, Lukanisman Awang Sauni.

Media Baharu