BESERI, 19 April- Sebuah rumah yang terletak Kampung Paya musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 3.05 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.07 petang.
Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kangar serta sebuah kenderaan utiliti bergegas ke lokasi sebaik bersama 12 anggota terlibat dalam operasi pemadaman berkenaan diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba, Halid Hassan
Kebakaran melibat sebuah rumah yang turut memusnahkan sebuah bengkel kereta dan mengakibatkan sebuah kereta pacuan empat roda terbakar hampir 95% selain lima buah motosikal.
Kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 4.11 petang tadi dan tidak melibatkan sebarang kecederaan berikutan tiada penghuni ketika kebakaran berlaku.
Operasi tamat sepenuhnya pukul 5.00 petang dan pihak forensik kini masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.
(Sebuah rumah yang terletak Kampung Paya musnah terbakar)