fb fb fb fb fb

Sultan Kedah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri

ALOR SETAR, 30 April- Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Wisma Darulaman, di sini.
 
Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali.

Berangkat sama, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazudin Ariff ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Sebelum jamuan bermula, baginda Tuanku Sallehuddin dipersembahkan pulut kuning dan kek sempena Hari Keputeraan Sebenar baginda yang ke-81.

(FOTO BERNAMA)

Baginda turut berkenan memotong pulut kuning dan kek berkenaan.

Selain menjamu selera, baginda dan tetamu jemputan dihiburkan dengan persembahan nyanyian.

Pelbagai juadah lazat dan enak dihidangkan termasuklah lemang, rendang dan aneka kuih muih.

Media Baharu