fb fb fb fb fb

Keluarga tuntut jasad pempengaruh Taiwan, siasatan kes masih berjalan

GAMBAR ARKIB/ RTM

KUALA LUMPUR, 27 November - Jasad pempengaruh wanita warga Taiwan, Hsieh Yun Hsin yang ditemukan meninggal dunia di sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu, telah dituntut ahli keluarganya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata siasatan masih belum dimuktamadkan berikutan masih menunggu menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan beberapa dokumen penting, termasuk laporan patologi.

“Kita masih belum mendapat keputusan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) ada beberapa tindakan lagi yang perlu kita dapatkan termasuk laporan patologi,” katanya, merujuk kepada status siasatan tersebut.

Beliau turut menjelaskan bahawa lanjutan jaminan polis terhadap Namewee disambung selama 14 hari bermula esok hingga 10 Disember depan, sementara polis melengkapkan siasatan.

Tahanan reman itu dibuat terhadap Namewee bagi membantu siasatan kematian pempengaruh itu berikutan penyanyi terbabit adalah individu terakhir yang dikatakan bersama mangsa.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD