fb fb fb fb fb

Sultan Kedah berkenan berangkat ke Majlis bacaan Yasin, doa selamat

(Sultan Kedah berkenan beramah mesra bersama para tetamu yang
hadir di Masjid Zahir/BERNAMA)

ALOR SETAR, 15 Jun- Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-81.

Majlis diadakan di Masjid Zahir, Alor Setar, petang tadi.

Turut berangkat, Raja Muda Kedah, Tunku Sarafudin Badlishah ibni Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Badlishah ibni Sultan Sallehuddin.


(Sultan Kedah bersama para jemaah membaca Surah Yasin pada Majlis Bacaan Yasin dan
Doa Selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-81 di Masjid Zahir/BERNAMA)

Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali dan Mufti Negeri Kedah, Datuk Paduka Syeikh Fadzil Haji Awang.

Majlis bermula dengan solat Magrib berjemaah yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Zahir,  Syeikh Mohd Naim Ahmad diikuti bacaan Yasin dan solat Isya' berjemaah.

Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin bersama Raja Muda Kedah dan Tunku Mahkota Kedah kemudian berangkat pulang meninggalkan majlis.

Media Baharu