fb fb fb fb fb

Nahas Ducati: Rakaman CCTV diserahkan kepada polis - PROLINTAS

(Mohammad Azlan Abdullah)

KUALA LUMPUR, 15 Jun- Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) penunggang motosikal berkuasa tinggi yang maut selepas terjatuh dari jejambat semalam, selepas mengelak sebuah motosikal melawan arus, sudah diserahkan kepada polis.

Pegawai Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), Datuk Mohammad Azlan Abdullah, berkata rakaman itu diserahkan bagi membantu siasatan pihak berkuasa.

"Kejadian semalam amat dikesali. Kami telah menyerahkan segala bukti (rakaman) yang ada sepanjang Lebuhraya SUKE kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Lebuhraya Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE) fasa dua di Plaza Tol Alam Damai, di sini.

Tambahnya, PROLINTAS akan mengambil inisiatif meletakkan papan tanda amaran larangan melawan arus untuk memberi kesedaran kepada pengguna lebuh raya berkenaan.

Berhubung aspek teknikal pembinaan Lebuhraya SUKE, Mohammad Azlan menjelaskan SUKE dibina mengikut spesifikasi yang tinggi dan mengikut standard global.

Semalam, seorang penunggang motorsikal berkuasa tinggi jenis Ducati maut selepas terjatuh dari jejambat Lebuhraya SUKE berhampiran Ulu Kelang dalam kejadian pukul 1.05 tengah hari.

Mangsa yang cedera parah meninggal dunia di lokasi kejadian.

(Mangsa maut terjatuh dari jejambat Lebuhraya SUKE selepas mengelak
motosikal melawan arus)

Media Baharu