fb fb fb fb fb

Makan seimbang dan senaman bantu kesihatan

(FOTO RTM)

BAYAN LEPAS, 16 Jun-Masyarakat perlu mengamalkan gaya hidup sihat, khususnya dalam pengambilan makanan agar tidak menjejaskan kesihatan pada masa depan.

Presiden Persatuan Ortopedik Malaysia, Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainal Abidin berkata pola pemakanan rakyat Malaysia berubah secara drastik selepas pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, sesetengah rakyat Malaysia tidak lagi mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman.

"Kalau lebih makan kurang bersenam akan menyebabkan masalah sendi dan ortopedik.

"Kalau boleh makan biarlah berpada-pada. Tidak mengikut nafsu", katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-52 Persatuan Ortopedik Malaysia di Bayan Baru.Hadir sama dalam majlis itu ialah Prof Tengku Muzaffar, Presiden baru Persatuan Ortopedik dan Ashwin Gunasekeran,Ketua Pegawai Eksekutif  Penang Convention and Exhibition Bureau (PCEB).

Justeru, beliau berharap agar rakyat Malaysia memberi penekanan khusus kepada aktiviti senaman secara fizikal dan mengurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat.


(Presiden Persatuan Ortopedik Malaysia, Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainal
Abidin)

Media Baharu