fb fb fb fb fb

SJKT Masai cipta Malaysia Book of Records

MASAI, 16 Jun - Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Masai berjaya melakar sejarah dan menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi persembahan berterusan selama 12 jam, bermula pukul 7.30 pagi hingga 7.30 malam.

Persembahan bertemakan Sejarah Malaysia disertai oleh 665 warga SJKT Masai yang terdiri daripada 598 murid, guru-guru, anggota kumpulan pelaksana serta ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Guru Besar, Vijayan Madhavannair berkata, beliau sangat bangga kerana buat pertama kalinya menerima pencapaian tersebut sekali gus dapat menunaikan hasratnya sebelum bersara.

"Saya rasa bangga, anak murid kita dari umur lima tahun hingga 12 tahun serta murid berkeperluan khas juga melibatkan diri untuk capai sasaran ini. Saya berhasrat sebelum saya pencen saya mahu lihar anak murid saya beramai-ramai melibatkan diri dalam satu aktiviti dan dapat pengiktirafan,"kata Vijayan, di sini.

(FOTO FB SJKT Masai)

Jelasnya, murid-murid dan guru-guru memberi komitmen penuh dalam menjayakan persembahan tersebut. 

Penasihat The MBOR, Siti Nurhanim Mohd Noh berkata penilaian MBOR mengambil kira berdasarkan jumlah masa yang ditetapkan dan penyusunan jalan cerita tanpa henti.  

"Sebenarnya rekod ini kita tidak ada lagi rekod sebelum ini, jadi apabila SJKT Masai mohon untuk buat rekod ini dan berjaya dapatkan rekod ini, jadi ini merupakan rekod pertama dan sebenarnya merupakan rekod pembuka untuk semua rakyat Malaysia," kata Siti Nurhanim.

Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Sijil Malaysia Book of  Record di SJKT Masai, Johor. 

Media Baharu