fb fb fb fb fb

MB Johor ucap terima kasih atas keprihatinan KKM

(FOTO RTM)

JOHOR BHARU, 16 Jun-Kerajaan Negeri Johor menzahirkan ucapan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan terutama Kementerian Kesihatan atas keprihatinan mengatasi isu kekurangan tenaga kerja di hospital awam di Johor. 

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pembukaan semula dua wad di Hospital Sultan Ibrahim (HSI) dan penambahan 33 orang jururawat dilihat mampu menyegerakan rawatan kepada pesakit serta meringankan beban staf yang sedia ada. 

Tambahnya Onn, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut berkaitan cadangan pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 semasa lawatan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa ke Johor pada Ahad depan.

"Berkaitan pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA 2) yang sangat diperlukan, kita mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan segera kerana Johor menerima pesakit bukan sahaja dari dalam bahkan seluruh negara", katanya selepas melawat HSI bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon. 


(FOTO RTM)

Media Baharu