fb fb fb fb fb

Dua blok rumah pekerja musnah terbakar

(FOTO RTM)

BETONG, 16 Jun-Dua blok rumah pekerja di Simpang Spaoh, Jalan Pan Borneo di Betong musnah dalam kebakaran lewat petang semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pukul 6.00 petang dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong diarah ke lokasi.

Setiba di tempat kejadian, rumah struktur tidak kekal itu telah musnah sepenuhnya dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira pukul 7.15 malam.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat.


(FOTO RTM)

Media Baharu