fb fb fb fb fb

Salam Baitullah kembali menemui penonton

KUALA LUMPUR, 16 Jun - Rancangan terbitan RTM Salam Baitullah kembali bersiaran pada musim haji tahun ini, bermula esok.

Bersiaran secara langsung di saluran TV1, Berita RTM, saluran MyTV 123 dan RTMKlik, program 15 episod itu, bertemakan 'Penyucian Jiwa, Kemuncak Ibadah'.

Salam Baitullah edisi ke-15 ini menjanjikan kelainan dengan liputan serta maklumat terkini suasana di Tanah Suci Mekah.

Lebih menarik, ia turut bersiaran secara langsung di platform Youtube dan Tik Tok, setiap hari pukul 8.20 malam.

Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman yakin, program tahunan RTM itu terus menjadi santapan minda pada bulan Zulhijjah, setelah lebih satu dekad menemui penonton.

Lebih membanggakan, Salam Baitullah turut ditonton warga negara luar termasuk Brunei, Singapura serta Kepulauan Riau Indonesia.

(Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman bersama-sama
barisan penaja, tenaga penerbitan, penceramah dan pengacara Salam Baitullah)

Salam Baitullah menampilkan panel pendakwah terkemuka negara yang dikendalikan pengacara Ustaz Hariz Ismail (PURiz) dan Ustaz Fakrul Razi (UNIC), serta Yatt Hamzah bagi segmen Media Sosial di Youtube dan Tik Tok.

Penonton setia program ini juga berpeluang memenangi hadiah menarik dalam kuiz terkumpul dan harian.

Media Baharu