fb fb fb fb fb

PAR diperkenal, elak pelanggan tertipu manipulasi orang tengah - PUSPAKOM

(FOTO HIASAN)

SHAH ALAM, 16 Jun - Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) memperkenalkan program Wakil Pelanggan Yang Diluluskan oleh PUSPAKOM (PAR) bagi mengatasi masalah manipulasi caj perkhidmatan yang dikenakan oleh segolongan orang tengah.

PUSPAKOM memaklumkan lazimnya ramai pelanggan menggunakan khidmat `runner' atau orang tengah bagi urusan pemeriksaan kenderaan di pusat pemeriksaan namun ada segolongan daripada mereka yang memanipulasi, mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi dan memberi maklumat palsu kepada pelanggan.

(Melalui sistem PAR yang diperkenalkan saringan latar belakang orang tengah
atau 'runner' akan dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa / FOTO HIASAN)

"Pelanggan kemudian membuat aduan bahawa PUSPAKOM tidak telus dan ini telah memberi persepsi buruk terhadap imej PUSPAKOM," menurut PUSPAKOM menerusi kenyataan.

Justeru, melalui sistem PAR yang diperkenalkan, PUSPAKOM turut memaklumkan saringan latar belakang orang tengah atau 'runner' akan dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa.

PUSPAKOM menjelaskan semua pelanggan yang ingin menggunakan khidmat orang tengah digalakkan untuk mendapatkan khidmat PAR melalui senarai PAR menerusi laman web www.puspakom.com.my.

Bagaimanapun, Puspakom masih mengalu-alukan orang ramai untuk hadir sendiri ke pusat pemeriksaan dan inisiatif itu tidak berniat untuk menafikan hak pelanggan untuk hadir sendiri ke pusat berkenaan.

Media Baharu