fb fb fb fb fb

Barangan bersubsidi hanya untuk rakyat Malaysia

JOHOR BAHRU, 16 Jun - Satu mekanisme terbaik akan dirangka bagi memastikan barangan bersubsidi di semua bazar rakyat atau Pasar Tani di Johor, hanya dijual kepada penduduk tempatan dan rakyat di negara ini.

Kerajaan Johor akan mengadakan perbincangan bersama-sama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berhubung inisiatif itu, sebagai langkah untuk membezakan pembelian rakyat tempatan dan warga asing yang turut berbelanja di bazar.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Mohd Hairi Mad Shah, berkata antara yang dicadang adalah pembelian tanpa tunai di semua Bazar Rakyat Agro Johor (BRAJ) dalam masa terdekat.  

"Sekarang ini kita guna kaedah tanpa tunai dan mungkin daripada tanpa tunai itu, rakyat negara Malaysia atau Johor mempunyai satu identiti pengenalan diri tersendiri, jadi Insya-Allah dengan adanya Johor Digital, saya percaya memgambil masa untuk proses ini, saya menyerulah kepada rakyat Malaysia jangan sia-siakan subsidi yang disediakan," Mohd Hairi bercakap kepada media selepas tinjuan Bazar Rakyat Agro Johor dan Jualan Agro Madani di Pasar Tani Datin Halimah, di sini.

(FOTO FAIL)

Kerajaan negeri turut memperuntukan RM1.5 juta bagi pelaksanaan Program Jualan BRAJ di 115 lokasi di negeri ini.

Sejak Februari lalu hingga semalam, BRAJ mencatat nilai jualan sebanyak RM2.49 juta dengan memanfaat lebih 31,000 penduduk setempat.  

Media Baharu