fb fb fb fb fb

Selangor Mobiliti tingkat kebolehcapaian pengangkutan awam - Amirudin

(Foto Amirudin Shari)

SHAH ALAM, 15 Jun- Selangor Mobiliti bakal diperluas ke lapan zon bermula September bagi meningkatkan kebolehcapaian pengangkutan awam di negeri itu.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, zon terbabit kini sedang dikenal pasti dengan memberi fokus kawasan padat selain permintaan terhadap laluan yang sempit.

"Kita akan kenal pasti zon berkenaan tetapi tunggu masa sesuai. Kita perlukan dua hingga tiga bulan sebab ia turut menggunakan aplikasi dan perlukan masa untuk keserasian. Jika maklum balas dan permintaan baik, saya percaya ia boleh dibesarkan ke zon lain,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Selangor Mobiliti di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini.

Tambahnya, setakat ini inisiatif berkenaan telah mula dilaksanakan di Gombak, Selayang dan Puchong.

Katanya, selain menumpukan mod pengangkutan, inisiatif itu turut melibatkan infrastuktur lain seperti hentian bas, mikromobiliti dan e-skuter.


(Foto Amirudin Shari)

Media Baharu