fb fb fb fb fb

Sultan Kedah berangkat ke majlis sambutan Ma’al Hijrah

Foto BERNAMA

ALOR SETAR, 26 Jun- Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa sempena sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025M/1447H.

Majlis diadakan di Masjid Zahir, Alor Setar, malam tadi.

Keberangkatan tiba Baginda disambut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Seri Norizan Khazali, serta barisan exco kerajaan negeri.

Turut berangkat, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1446 Hijrah; diikuti solat Maghrib dan bacaan doa awal tahun 1447 Hijrah.

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Yasin dan doa serta solat isyak berjemaah.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM