KUALA LUMPUR, 26 Jun- Umat Islam diseru menjadikan tahun baharu Hijrah sebagai titik tolak untuk berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik serta bermakna.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam satu hantaran di Facebook berkata, permulaan tahun baharu ini wajar diiringi dengan keinsafan dan keazaman untuk memperkukuh keimanan dan memperbanyakkan amalan.
“Marilah kita buka lembaran baharu dengan semangat yang segar, hati yang bersih dan tekad untuk terus menyumbang kepada kebaikan diri, keluarga, negara dan masyarakat.
“Moga setiap langkah kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT,” katanya.