fb fb fb fb fb

Sultan Johor zahir ucapan tahniah kepada Anwar

(Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

JOHOR BAHRU, 24 November- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Ucapan tahniah itu dizahirkan menerusi poster yang dikongsikan di Facebook rasmi baginda 'Sultan Ibrahim Sultan Iskandar'.

Turut menzahirkan tahniah kepada Anwar ialah anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Facebook rasmi baginda 'HRH Crown Prince of Johor'.

Terdahulu, Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Tambun dan juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Istana Negara, Kuala Lumpur, petang tadi.

Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.


(Foto FB HRH Crown Prince of Johor)

Media Baharu