fb fb fb fb fb

Banjir di Perak, rekodkan penurunan jumlah penduduk terjejas banjir

Foto Fail

IPOH, 24 November - Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak mencatatkan penurunan melibatkan seramai 530 orang daripada 145 keluarga setakat pukul 6.00 petang tadi.
 
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan sebanyak tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di empat daerah berbeza.
 
Antaranya, PPS Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak di daerah Hilir Perak menempatkan 140 penduduk daripada 35 keluarga. 
 
Sementara itu, PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di daerah Manjung pula menempatkan 182 penduduk daripada 57 keluarga.
 
Selebihnya, seramai 190 penduduk daripada 46 keluarga masih ditempatkan di PPS SMK Layang-Layang Kiri, SK Layang Layang kiri dan SK Titi Gantong dalam daerah Perak Tengah.
 
PPS Sekolah Agama Rakyat Shafie Batu Hampar di daerah Larut Matang dan Selama menempatkan 18 penduduk daripada tujuh keluarga.


(Foto Fail)

Media Baharu