fb fb fb fb fb

Sultan Brunei adakan lawatan dua hari ke Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Ogos- Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia bermula hari ini hingga 4 Ogos bersempena dengan Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) kali ke-24 antara Malaysia dengan Brunei.

Menurut kenyataan Wisma Putra, Lawatan Negara itu bertepatan dengan Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam (ALC) ke-24. Sultan Brunei dijadualkan menghadiri lawatan itu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi rundingan tersebut, kedua-dua pemimpin akan berbincang untuk mengkaji semula kemajuan kerjasama dua hala selain, isu-isu tertunggak serta bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Sultan Brunei akan diraikan dalam Istiadat Sambutan Negara di Istana Negara oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 3 Ogos.

Seterusnya baginda akan bertemu dengan Al-Sultan Abdullah, diikuti dengan Majlis Jamuan Negara bagi meraikan Sultan Brunei dan delegasinya.

Lawatan itu akan mengukuhkan lagi hubungan terjalin lama dan kerjasama pelbagai aspek antara kedua-dua negara dan rakan kongsi di ASEAN.

Pada 2022, Brunei Darussalam merupakan rakan dagangan ke-26 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM13.22 bilion.

(Tangkap layar kenyataan Wisma Putra di facebook)

Media Baharu