fb fb fb fb fb

SUKE fasa 2 dibuka 12.01 malam ini, tol percuma

KUALA LUMPUR, 15 Jun- Orang ramai boleh menggunakan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) fasa dua bermula 12.01 tengah malam nanti.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan, sempena pembukaan lebuh raya itu, pengguna yang melalui Plaza Tol Alam Damai boleh menikmati tol percuma selama dua minggu sehingga 29 Jun 2023.


(Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi)

"Secara rasminya, kita diberitahu sepanjang dua minggu bermula malam ini akan ada tol percuma, di plaza tol ini sahaja", katanya pada majlis perasmian pembukaan fasa dua Lebuhraya SUKE di Plaza Tol Alam Damai, di sini.

Selepas tempoh tol percuma, kadar tol yang akan dikenakan di Plaza Tol Alam Damai adalah sebanyak RM2.30.

Lebuhraya SUKE merupakan rangkaian yang menghubungkan lima lebuhraya iaitu Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL atau Lebuhraya Salak.

Media Baharu