fb fb fb fb fb

56.9% kanak-kanak Johor terima dos pertama vaksin COVID-19

(Foto BERNAMA)

ISKANDAR PUTERI, 15 Jun- Sebanyak 56.9 peratus kanak-kanak di Johor telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 manakala 51.1 peratus menerima dos kedua.

Jumlah tersebut melibatkan 409,800 populasi kanak-kanak dalam negeri berumur lima hingga 11 tahun.

Exco Kesihatan dan Perpaduan, Ling Tian Soon berkata jumlah pemberian vaksin dos penggalak kepada golongan itu sangat rendah iaitu 0.2 peratus manakala bagi dos penggalak kedua hanya tiga kanak-kanak.

Selain itu, tiada vaksin COVID-19 diluluskan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk pemberian vaksin kepada kanak-kanak bawah umur lima tahun.

"Sebanyak 100.8 peratus penduduk dewasa di Johor telah mendapat vaksinasi COVID-19 dos primer yang lengkap.

"Selain itu, bagi populasi remaja dari 359,900 orang, 96.2 peratus telah mendapatkan dos pertama, 94.1 peratus telah mendapatkan dos kedua dan 2.4 peratus bagi dos penggalak," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu