fb fb fb fb fb

Sukarelawan Skuad Banjir MINDEF, bantu penduduk terjejas banjir di Kg Bangau Tanjung, Temerloh


TEMERLOH, 9 Januari
- Sukarelawan Skuad Banjir, Kementerian Pertahanan(MINDEF) memperuntukkan lebih RM10,000 untuk disumbangkan kepada 40 keluarga terjejas banjir di Kampung Bangau Tanjung, Temerloh.

Seramai 20 orang dari skuad sukarelawan berkenaan, turun membantu selain mengagihkan barang keperluan asas kepada penduduk terjejas.

"Kita juga merancang akan adakan sumbangan ini di Lembah Klang pada minggu depan dan sekitar mana yang terlibat mangsa banjir ini..program ini akan diteruskan selagi ada mangsa banjir yang memerlukan bantuan", jelas Penolong Setiausaha MINDEF, Zulkifli A. Rahman.

Sebelum ini, Skuad sukarelawan MINDEF turut mengagihkan bantuan barangan keperluan asas di kawasan lain, antaranya Bukit Lanchong, Shah Alam dan Gemas.

Media Baharu