fb fb fb fb fb

Lebih 300 sekolah terjejas banjir, sebahagian telah dibuka memulakan sesi persekolahan penggal ketiga


SEGAMAT, 9 Januari- Lebih 300 buah sekolah di seluruh negara dikenal pasti terjejas akibat banjir dengan sebahagiannya telah dibuka bagi sesi persekolahan penggal ketiga bermula hari ini untuk kumpulan A.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin, sebahagiannya masih belum dibuka kerana masih digenangi air, dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) atau masih dalam proses pembersihan.

Tambah beliau, sekolah yang tidak dibuka mengikut jadual asal, dijangka memulakan sesi persekolahan pada minggu hadapan.

Antara sekolah terlibat, termasuk di Sabah, Pahang dan Selangor.

Beliau berharap agar semua pihak dapat membantu kerja pembersihan sekolah supaya sesi persekolahan dapat dijalankan mengikut perancangan.

Mohamad Alamin ditemui ketika meninjau kerja-kerja pembersihan di Sekolah Kebangsaan Pulau Paya, Segamat yang terjejas banjir.

Media Baharu