fb fb fb fb fb

Sukar lakukan urusan harian, penduduk desak segera selesaikan masalah kebakaran tapak pelupusan sampah

NIBONG TEBAL, 19 Januari - Penduduk Kampung Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyelesaikan masalah kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung dengan kadar segera.

Menurut penduduk, mereka yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mengalami kesukaran untuk melakukan urusan harian.

Selain itu, kebanyakan mereka meluahkan rasa tidak selesa tinggal di PPS terbabit malah ada yang terputus pendapatan berikutan gerai perniagaan mereka terpaksa ditutup.

Kebakaran tapak pelupusan sampah berkenaan menyebabkan 400 penduduk kampung berhampiran diarah berikutan udara persekitaran telah tercemar yang boleh menjejaskan kesihatan.

Media Baharu