fb fb fb fb fb

Syukur, saya akan terus tunai tanggungjawab banteras rasuah – Azam Baki

 

PUTRAJAYA, 18 Januari - Tan Sri Azam Baki akan meneruskan tanggungjawab sebagai Ketua Pesuruhjaya, Suruhunjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras gejala rasuah di negara ini tanpa mengira darjat atau pangkat.

Beliau menerusi satu kenyataan melahirkan rasa syukur atas keputusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang mendapati tiada kesalahan dilakukan berhubung akaun dagangan.

“Saya telah dimaklumkan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti bahawa siasatan terhadap perkara itu telah dimuktamadkan. Oleh yang demikian, pihak Suruhanjaya telah menutup fail inkuiri tersebut,” katanya.

Terdahulu SC menyatakan, tidak dapat membuat penemuan secara konklusif berlaku pelanggaran bawah Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berdasarkan bukti yang dikumpulkan.

Justeru SC telah menamatkan inkuiri berkaitan dengan akaun dagangan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Media Baharu