KUALA LUMPUR, 18 Januari - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menamatkan inkuiri berkaitan dengan akaun dagangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Berdasarkan keterangan yang dikumpul ia tidak dapat membuat penemuan secara konklusif berlakunya pelanggaran di bawah Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA)
Pengawal selia pasaran modal tempatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, SC membuat kesimpulan dalam siasatan itu berdasarkan bukti yang dikumpulkan.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai menjawab mengenai hasil siasatan SC di bawah seksyen 25(4) SICDA berhubung akaun dagangan Tan Sri Azam Baki.
Sehubungan dengan ini, siasatan tersebut adalah berkaitan dengan isu, sama ada telah berlaku pelanggaran di bawah seksyen 25(4) SICDA.
Seksyen 25(4) menyatakan bahawa suatu akaun dagangan mesti dibuka di atas nama pemilik benefisial atau penama yang diberi kuasa.